Walaupun saya tidak berminat dalam perniagaan, saya sentiasa berfikir bagaimana untuk menjana pendapatan, alangkah indahnya jika ada aliran wang masuk setiap bulan ke dalam akaun saya, tapi keinginan untuk berniaga masih tidak ada, hanya keinginan untuk melabur, dan duduk diam, dan dapat duit tiap2 bulan. Senangnya hidup.
Suatu hari rakan lama saya telah menghubungi saya, menceritakan tentang kemewahan yang dikecapinya hanya dengan melabur dengan satu skim.. Hati saya mula teruja, ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal. Minima pelaburan hanya RM4000, dapat 20%, selama setahun, wang itu akan dikembalikan selepas setahun...wah terujanya saya, tanpa berfikir panjang, saya terus jumpa Pak Aji, bukan RM4000, tapi RM5000 yang saya keluarkan sebab nak dapatkan RM1000 sebulan. Indahnya hidup.
Genap satu bulan, tak sabar saya menunggu, saya dapat rm1000, walaupun pembayarannya agak lewat dalam 2 minggu.
Bulan ke 2, rakan saya hubungi saya, katanya kenaikan harga minyak menganggu perjalanan skim..terpaksa tunggu, sampai harga minyak stabil. Saya pun tunggu..tunggu..tunggu..dalam menunggu, saya join lagi satu peluang yang lebih kurang sama, labur RM1000 dapat 10% selama 3tahun, hanya goyang kaki, mudahnya hidup..bila cerita kat rakan-rakan, ramai betul yang berminat....bulan pertama, dapat, bulan ke2 ok, masuk bulan ke 3, macam2 masalah mula timbul..tunggu lagi, tunggu dan tunggu, sampai masalah selesai, tapi tak selesai-selesai...hampir RM6000 duit yang saya laburkan, skim itu dan ini, yang saya dapat, langsung tak pulang modal...
Monday, November 30, 2009
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)

